Surah Al-Muawwizat’ yang lebih dikenali sebagai ‘3 Qul’ adalah
surah-surah yang terdiri daripada Surah Al-Ikhlas (112), surah Al-Falaq
(113) dan surah An-Naas (114).
Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan
‘Al-Muawwizat’ adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul
Bari 9/62)
Sebagaimana dalam post ana terdahulu, surah An-Naas dan surah Al-Falaq
merupakan dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan
(‘Al-Mu’awwizataini’). Kedua Surah ini tersebut mempunyai kedudukan yang
tinggi di antara surah-surah yang lain.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah diturunkan
kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’
(Surah An-Naas dan surah Al-Falaq).” (HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no.
2827, An Naasa’i no. 944)
“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam
mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan
(wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” (HR.
At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu).
Fadhilat Surah Al-Muawwizat
Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan ‘Surah Al-Muawwizat’ (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) adalah;
Pelindung / pendinding diri.
Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.
Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat
1. Ketika Wirid Selepas Solat
1. Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan
An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk
membaca Muawwizaat di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no.
1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini
shahih).
2. Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi
wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata:
اقْرَأُوا الْمُعَوِّذَاتِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ
“Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud
no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no.
1514)
2. Di Waktu Pagi Dan Petang
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’
sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari
segala sesuatu (segala keburukan).
“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang.
Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang,
nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud
no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)
3. Waktu Malam Dan Hujan
‘Surah Al-Muawwizat’ digalakkan dibaca ketika hujan dan pada waktu malam;
1. Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dari bapaknya ia berkata;
خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ «
أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ
شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ
». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ
أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ
مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »
“Pada malam hujan lagi gelap-gelita kami keluar mencari Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk solat bersama kami, lalu kami
menemuinya. Baginda bersabda, “Apakah kamu telah solat?“ Namun
sedikitpun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“. Namun
sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda, “Katakanlah“.
Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda,
“Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku
katakan?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Katakanlah
(bacalah surah)‘Qul Huwallahu Ahad’, ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ dan
‘Qul A’udzu Birabbinnaas’ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali,
maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.“ (HR. Abu Daud no. 5082
dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini
hasan)
2. Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud disebutkan bahawa
Abdullah bin Habib berkata, “Kami keluar pada waktu malam, ketika itu
hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan
akan kami, lalu kami mencari Baginda lalu bersabda, “Katakanlah”, maka
aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”,
Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi,
“Katakanlah”, maka, aku berkata, “Ya Rasulullah! Apa yang harus aku
katakan?” Nabi menjawab : “Katakanlah ‘Surah Muawwizat’ ketika pagi dan
petang hari sebanyak tiga kali, maka hal tersebut akan membuatmu
terlindung dari segala sesuatu.”“ Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis
ini berdarjat hadis hasan sahih.
4. Baca Al-Muawwizat Sebelum Tidur
Pada waktu ini, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah
Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) dengan terlebih dahulu mengumpulkan
kedua telapak tangan, lalu keduanya ditiup, lalu dibacakanlah tiga surah
ini. Setelah itu, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota
tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh
bahagian depan. Cara seperti tadi diulang sebanyak tiga kali.
.
1. “Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur.
Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak
tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke
seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)
.
2. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW
pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan
kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda. Katanya:
أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى
فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ
فِيهِمَا ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ
الْفَلَقِ ) وَ ( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا
مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ
وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di
setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua
telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah
Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul
a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan
kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau
dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan
yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)
5. Al-Muawwizat Ketika Perawatan (Ruqyah)
Tatkala meruqyah, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas).
1. Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu’ anha ada meriwayatkan:
عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا.
)رواهالبخاري(
Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-‘
alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat
(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup
padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya
kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah
tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
2. Bukhari membawakan bab dalam sahihnya ‘Meniupkan bacaan ketika
ruqyah’. Lalu dibawakanlah hadits serupa di atas dan dengan cara seperti
dijelaskan:
عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى
الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ
هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ
بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ
عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, “Apabila Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak tidur, Baginda akan meniupkan ke
telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas)
dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian Baginda
mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika
sakit, Baginda menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika Baginda
hendak tidur).“ (HR. Bukhari no. 5748)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
CAR,HOME,DESIGN,HEALTH,FOREX,LIFEINSURANCE,TAXES,INVESTING,BONDS,ONLINETRADING,SEO
CAR,HOME,DESIGN,HEALTH,FOREX,LIFEINSURANCE,TAXES,INVESTING,BONDS,ONLINETRADING,SEO